Bisnes Prepaid | Bonus & Insentif | Produk | Agent | F.A.Q | Pertanyaan  | Login

 

 

 Soalan Lazim (FAQ)

 

 

Soalan-soalan  Bukan Agent Mymode

1. Siapakah Team Support hotsms2u ini?
2. Siapakah MyMode?
3. Apakah teras perniagaan MyMode?
4. Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimanakah saya mengurus perniagaan ini?
5. Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi ahli Team Support HotSMS2u ini?
6. Bagaimanakah hendak mengUpgrade keahlian dan menjadi Agent Mymode?
7. Berapa banyakkah pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?
8. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan post paid, adakah boleh saya menyertainya?
9. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?

 


Soalan-soalan Lazim Dari Agent Mymode

1. Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?
2. Mengapakah perlu membayar yuran keahlian (RM65) tersebut ke akaun bank penaja dan bukannya kepada Syarikat Asia Mobile Commerce?
3. Adakah saya perlu membuka akaun bank baru?
4. Apakah produk-produk yang boleh saya jual?
5. Bagaimanakah pembelian dan penghantaran produk dilakukan?
6. Berapakah harga prepaid yang dikenakan bagi mereka yang telah menjadi Agent Mymode?
7. Apakah yang saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya atau pelanggan saya?
8. Bagaimanakah cara pelanggan saya membayar saya jika mereka ingin top up telefon bimbit mereka melalui saya?
9. Apakah yang saya perlu jika saya ingin menaja ejen baru?
10. Jika saya tidak mempunyai downline atau tidak menaja, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?
11. Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?
12. Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan? Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid atau boleh di CASH kan?
13. Bagaimanakah cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun MyMode saya untuk dijadikan modal rolling?
14. Bagaimanakah untuk mengeluarkan prepaid point (wang) dari akaun MyMode saya ke akaun Bank saya?
15. Saya terlupa No PIN Mymode saya. Apa yang harus saya lakukan?
16. Apakah prepaid Points (PP)?
17. Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan telefon lain kerana saya menggunakan PIN yang sama dalam arahan SMS saya kepada MyMode?
18. Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar arahan SMS?
19. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bagaimana untuk saya mendapatkan keahlian di Team Support HotSMS2u?
20. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bolehkan saya mendaftar semula dengan menggunakan nombor yang sama? Atau bagaimana jika saya ingin memindahkan keahlian lama saya ke nombor lain supaya saya dapat gunakan nombor HP ini untuk berdaftar sebagai downline Team Support HotSMS2u?
21. Bagaimanakan cara untuk berjaya dalam program ini?

 

 

 

 

 


 

Soalan-soalan Dari Ahli Percuma (Bukan Agent Mymode)

1. Siapakah HotSMS2u.com ini?

HotSMS2u merupakan Team Support kepada agent-agent  yang ingin menceburi perniagaan SMS Prepaid Mymode. Sistem ini dilengkapi dengan website replika percuma, Sistem matrix downline, dan lain-lain lagi. Kemudahan ini tidak akan anda dapati dari Syarikat Mymode sebaliknya hanya sekiranya anda berdaftar di bawah Team Support HotSMS2u sahaja.

Back to top

2. Siapakah MyMode?

MyMode adalah sebuah online portal yang dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Ampang, Selangor. MyMode menawarkan perkhidmatan mudah-ahli (mobile services) dengan menggunakan teknologi terkini. Anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang MyMode dilaman web rasminya di http://www.mymode.com.my/.

Back to top

 


3. Apakah teras perniagaan MyMode?

MyMode mengamalkan konsep perniagaan berperingkat, (Multi-Level-Marketing), dalam bidang perkhidmatan mobile. Sebagai ejen, anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah:

Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, dan TMTouch dan kad-kad reload, kad IDD/STD, nada dering (ringtones), dan logo. Barangan yang akan ditawarkan dalam fasa 2 dan 3 ialah mesej bergambar, games, Mobile Auction, Mobile Finder, Mobile Chat dan SMSTV.

Back to top

 


4. Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimanakah saya mengurus perniagaan ini?

Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah penghalang kepada anda untuk berjaya kerana konsep mobile perniagaan ini membolehkan anda memguruskan perniagaan secara sambilan. Ingat, tiada barangan fizikal yang perlu diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan, tidak perlu melawat rumah-ke rumah.

Permintaan kad reload memang sedia wujud dan ia merupakan satu keperluan untuk pemilik telefon bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah membuat produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan anda!

Fikirkan, mengapa anda ingin ke kedai telefon untuk reload sedangkan anda boleh reload telefon anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan? Sebagai ejen anda akan menikmati penjimatan kad prepaid daripada harga pasaran. Jika anda menjual dan menaja, pendapatan anda akan bertambah berlipat kali ganda.

Back to top

 


5. Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi ahli Team Support hotSMS2u ini?

Anda boleh menjadi ahli Team Support hotSMS2u dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian  kami di sini. Anda akan dikenakan bayaran  pendaftaran sebanyak RM65 sahaja.

Back to top

 


6. Bagaimanakah hendak mengUpgrade keahlian dan menjadi Agent Mymode?

Untuk mengUpgrade keahlian kepada Agent Mymode, sila rujuk penerangan lengkap tentang cara-cara pembayaran yuran keahlian Mymode sebanyak RM65

Back to top

 


7. Berapa banyakkah pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?

Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan lebih ramai ejen dibawah anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat dibawah anda!

Bina rangkaian anda dengan sistem canggih yang telah kami bangunkan untuk anda ini. Pasti dalam beberapa bulan lagi anda berada pada tahap 'Auto Pilot' dimana dengan tidak berbuat apa-apa sekalipun bonus mingguan dan bulanan mengalir ke dalam akaun anda sehingga anda sendiri tidak mampu untuk menyekatnya!! Tidak mustahil dalam masa setahun pendapatan bonus anda dalam Mymode melebihi gaji bulanan anda sekarang. Malah ia merupakan satu jaminan pendapatan untuk wang pencen anda.

Tidak mahukah anda pencen pada usia 30 tahun atau 40 tahun dengan pendapatan bulanan RM20,000 sebulan? (Ini hanya contoh. Pendapatan Upline kami En. Nordin, telah melebihi RM40,000 sebulan.)

Back to top

 


8. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan Post paid, adakah saya masih boleh menyertainya?

Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid atau dengan mendaftarkan agent baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualaan dan penajaan anda termasuk bonus overriding hasil dari pembelian product daripada downline anda. Cuma anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid. Itu sahaja bezanya.

Back to top

 


9. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?

Mymode diasaskan oleh sebuah syarikat yang amat kukuh iaitu Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd. Telah diasaskan semenjak 2003 dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia.

MyMode telah mempunyai lebih daripada 35,000 ejen di Malaysia untuk tahun 2004 dan pada tahun 2005 sahaja telah meningkat kepada 155,000 orang! Jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode. Anda boleh menghubungi MyMode secara terus disini. MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Back to top

 

 

 

Soalan-soalan Lazim Dari Agent Mymode

1. Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?

Anda perlu login ke http://www.mymode.com.my/ dengan menggunakan :

Mobile No: (Nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan dalam pendaftaran)
Password: (Nombor PIN empat angka yang diberi oleh MyMode melalui SMS)

Kemudian pergi ke bahagian 'Edit Profile' untuk mengemaskini maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat, no telefon, akaun bank untuk pembayaran bonus dan sebagainya.

Download Starterkit Lengkap Mymode beserta arahan bergambar tentang cara-cara untuk menjalankan perniagaan mymode dengan berkesan. Terdapat juga tips-tips, simulation pengiraan bonus, pelan pemasaran dan lain-lain lagi. Perlu di ingat, Starterkit ini hanya diberikan kepada Agent Mymode yang berdaftar dibawah group kami sahaja. Anda tidak berhak menuntut StarterKit ini sekiranya yang telah mendaftar sebagai Agent Mymode dengan group lain kerana ini bukan disediakan oleh syarikat sebaliknya inisiatif kami sendiri untuk mengembangkan downline kami.

Back to top

 


2. Mengapakah perlu membayar yuran keahlian (RM65) tersebut ke akaun bank penaja dan bukannya kepada Syarikat Asia Mobile Commerce?

Sama seperti mana-mana perniagaan MLM yang lain, setiap agent baru memerlukan penaja/upline. Hanya Agent Mymode yang telah berdaftar sahaja boleh mendaftarkan anda. Pendaftaran dilakukan hanya dengan menggunakan arahan SMS ke server gateway Mymode yang beroperasi 24 jam. Pihak syarikat akan memotong kos yuran pendaftaran sebanyak RM65 tersebut secara automatik dari credit Mymode penaja tadi. Kerana itu yuran keahlian anda perlu dibayar kepada beliau.

Di Team kami, semua urusan pendaftaran akan dilakukan oleh pihak kami. Kami telah menyediakan 2 akaun untuk tujuan pembayaran, dan kami akan daftarkan anda kepada ID referral/penaja yang membawa anda ke laman web ini sejurus proses pengesahan kemasukan wang dibuat.

 

Back to top

 


3. Adakah saya perlu membuka akaun Maybank untuk berurus niaga dengan syarikat?

Tidak, anda boleh menggunakan akaun bank sedia ada. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, maka anda perlulah membuka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Dan urusan dengan syarikat masih boleh dibuat dengan menggunakan ATM Machine. Kelebihan kepada pemegang kad ATM Maybank Kawanku, kerana menu untuk menambah prepaid Mymode telah dimasukkan kedalam sistem ATM berkenaan.

Maklumat akaun bank anda boleh di masukkan ke dalam akaun MyMode anda dengan login ke http://www.mymode.com.my/. Bank akaun diperlukan untuk tujuan pemindahan prepaid point dari akaun MyMode ke dalam akaun bank anda dalam bentuk wang tunai.

Back to top

 


4. Apakah produk-produk yang boleh saya jual?

Anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah:

Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, TMTouch dan kad-kad reload, kad IDD/STD, Topup Jaring, Tmnet Prepaid, dan bermacam lagi. Barangan yang akan ditawarkan dalam fasa 2 dan 3 ialah Prepaid bil APi/Air, MiTV Prepaid, Mobile Auction, Mobile Finder, Mobile Chat dan SMSTV.

Sila rujuk bahagian Produk untuk senarai produk yang boleh anda jual.

Back to top

 


5. Bagaimanakah pembelian dan penghantaran produk dilakukan?

Pembelian dan penghantaran semuanya dilakukan melalui arahan SMS. Anda boleh menhantar arahan SMS pada bila-bila masa ke server Gateway Mymode yang beroperasi 24/7. Anda akan mendapat nombor PIN Top-Up 14 digit yang kebiasaannya terdapat pada kad guris prepaid topup dalam bentuk SMS juga samada ke Handphone anda atau ke Handphone pelanggan berdasarkan arahan SMS yang anda masukkan.

Sila rujuk kepada bahagian Arahan SMS untuk keterangan lebih lanjut. Jika tidak ada kesesakan atau gangguan talian, penghantaran produk melalui SMS dilakukan hanya dalam 10 ke 30 saat!

Back to top

 


6. Berapakah harga prepaid yang dikenakan bagi mereka yang telah menjadi Agent Mymode?

Anda tetap akan dikenakan harga pasaran. Contohnya jika anda membeli prepaid Maxis RM60, company tetap menolak RM60 daripada credit Mymode anda. Bezanya setiap produk ini tadi mempunya nilai PV masing-masing. Sebagai contoh, PV bagi prepaid Top-Up Maxis 60 adalah sebanyak RM3.30. Jumlah inilah yang akan dikumpulkan dan dikembalikan semula kedalam credit mymode anda dalam bentuk bonus pada setiap minggu mengikut pengiraan tertentu sepertimana yang terdapat dalam Pelan Pemasaran Mymode. Sila rujuk bahagian Untung Runcit untuk keterangan lanjut.

Back to top

 


7. Apakah yang saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya atau pelanggan saya?

Pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Setiap kali anda menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk reload, jumlah yang anda reload (harga kad prepaid yang anda ingin beli) akan ditolak dari baki akaun MyMode anda (bukan akaun bank atau credit prepaid handphone). Dalam masa yang sama, anda akan mendapat komisen hasil daripada pembelian ini yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyMode anda pada setiap minggu. Untuk menambah nilai dalam akaun MyMode anda sila rujuk soalan 13 dibawah.

Anda perlu menghantar tempahan melalui arahan SMS seperti berikut:

Arahan SMS: no_PIN_anda<jarak>kod produk<jarak>kuantiti
Contoh untuk membeli 2 keping prepaid Maxis30: 1234 1 2

Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gatewy mymode.

Untuk kod produk, sila rujuk kepada bahagian
Produk .

Setelah menghantar arahan ini, anda akan menerima jawapan dari MyMode beserta no PIN Top-up dan arahan bagaimana untuk menambah nilai kredit telefon bimbit berkenaan

.

Back to top

 


8. Bagaimanakah cara pelanggan saya membayar saya jika mereka ingin top up telefon bimbit mereka melalui saya?

Mereka boleh membayar secara tunai kepada anda atau mereka boleh bank in ke akaun bank anda (bukan akaun MyMode) atau apa saja cara asalkan anda menerima wang tersebut. Secara tidak langsung anda tidak perlu pasal bonus yang diberi dalam bentuk credit Mymode kerana urus niaga kita dengan customer adalah secara tunai.

Back to top

 


9. Apakah yang saya perlu jika saya ingin menaja Agent baru?

Untuk menaja anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada MyMode. Sila rujuk bahagian Arahan SMS untuk keterangan lanjut. Sebelum menaja pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Ini kerana setiap kali anda menaja, RM65 akan ditolak dari baki akaun MyMode anda.

Jadi tajaan anda perlu membayar RM65 kepada anda dahulu dan anda masukkan jumlah ini kedalam akaun MyMode anda. Ejen baru akan mendapat nombor PIN dari MyMode melalui SMS dan penyata baki RM11, tertera dalam akaun MyMode ejen baru untuk modal permulaan.

Anda juga mendapat komisen penajaan sebanyak RM10.00 yang akan di masukkan terus kedalam akaun Mymode anda.

.

Back to top

 


10. Jika saya tidak mempunyai downline atau tidak menaja, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?

Anda masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid. Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan hingga ribuan ringgit, anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran kewangan yang anda terima. Dengan downline yang ramai akan menerima pelbagai bonus seperti Personel Retail Discount, Overriding Bonus, Unilevel Bonus, CM Club Bonus, mobilpreneur incentive, leadership incentive dan banyak lagi.

Untuk mendapat pulangan yang lumayan sebenarnya tidaklah terletak kepada berapa banyak anda mampu jual atau berapa banyak prepaid yang anda gunakan. Kerana keuntungan jualan runcit samalah seperti anda menjual nasi lemak di pasar malam (single Level Marketing).

Kunci kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana keuntungan runcit tadi apabila ditambah dengan elaun tajaan, digandakan pula dengan bonus star CM, dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-susah di pejabat. Sebaliknya hanya goyang kaki dirumah. Jadi fikirkanlah samada anda telah cukup selesa dengan keadaan anda sekarang!

Back to top

 


11. Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?

MyMode akan membayar komisen dan bonus setiap hari Khamis. Ini bermakna pembayaran dilakukan 4 kali dalam sebulan. Walaupun bonus ini diberikan dalam bentuk credit Mymode, namun anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda. Pastikan anda maklumat akaun bank anda kemaskini dan tepat. Sila login ke ruangan ahli di portal rasmi MyMode di http://www.mymode.com.my/

Back to top

 


12. Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan? Adakah hanya dalam bentuk credit prepaid atau boleh di CASH kan?

Bonus diberikan dalam bentuk credit Mymode. Anda boleh menggunakan credit ini untuk tujuan pembelian Kad Prepaid atau untuk tujuan pendaftaran ahli baru. Dengan urus niaga tunai dengan pelanggan simboliknya bonus tadi akan menjadi wang tunai juga ke tangan anda. Walau bagaimanapun sekiranya nilai ini terlalu banyak contohnya bonus mingguan anda telah mencecah 3-4 ratus seminggu, anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dengan menghantar SMS untuk meng-CASH kan bonus berkenaan ke akaun bank anda.

Back to top

 


13. Bagaimanakah cara untuk memasukkan wang ke dalam akaun MyMode saya untuk dijadikan modal rolling?

  1. Masukkan wang ke akaun bank syarikat MyMode:
    Bank:        MayBank Berhad
    Nama:       ASIA MOBILE COMMERCE PRIVILEGE (M) SDN BHD
    No akaun: 564575300517

  2. Hantar arahan SMS ini untuk memberi tahu MyMode:

    Arahan SMS: PIN<jarak>bank<jarak>mbb<jarak>tarikh<jarak>masa<jarak>     jumlah_yang_dimasukkan(tanpa perkataan 'RM')
    Contoh: 1234 bank mbb 0101 143209 500

    Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode.

    Nota:
    Format tarikh (HHBB) dimana H - hari, B - bulan
    Format masa 24jam (jjmmss) dimana j - jam, m - minit, s - saat

    Sekiranya anda menggunakan Cash Deposit, Waktu yang ditunjukkan pada resit hanya Jam:Minit maka anda terpaksa menambahkan 00 dibelakangnya untuk bacaan saat.

    Contoh bacaan pada resit 14:24 (pukul 2:24 petang)
    Isikan seperti ini: 142400

Untuk arahan-arahan SMS yang lain sila rujuk ke bahagian Agent

Nota:

- Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2005, jumlah minimum yang dibenarkan untuk topup akaun MyMode ialah RM50 bagi satu-satu masa.
- Berkuatkuasa April 2006, Fungsi menambah nilai kredit Mymode telah terdapat dalam service ATM Machine Maybank Kawanku.
- Jangan masukkan wang ke akaun MyMode jika anda BELUM menjadi ejen!

Back to top

 


14. Bagaimanakah untuk mengeluarkan prepaid point (wang) dari akaun MyMode saya ke akaun Bank saya?

Bonus dan komisen anda dikira setiap hujung minggu dan dimasukkan terus ke akaun Mymode anda dalam bentuk 'prepaid point' (1 prepaid point = RM1.00). Anda boleh mengeluarkan bonus dan komisen terkumpul anda dengan menghantar arahan SMS berikut:

Arahan SMS: No_PIN_anda<jarak>cash<jarak>jumlah_yg_dikeluarkan( tanpa perkataan 'RM')
Contoh: 1234 cash 1000

Hantar ke: 0123033076 atau 0173660800 atau 0196933199 atau mana-mana gateway mymode

Setelah arahan anda diterima, jumlah tersebut akan dipindahkan ke akaun bank yang anda telah sediakan dalam profile anda. Jadi pastikan maklumat bank anda adalah tepat.

*Setiap pemindahan wang dari akaun MyMode anda ke akaun bank anda, akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah ini akan  ditolak terus dari jumlah yang anda keluarkan. Anda akan diberitahu melalui SMS selepas wang tersebut masuk ke dalam akaun bank anda.

Back to top

 


15. Saya terlupa No PIN Mymode saya. Apa yang harus saya lakukan?

Untuk mendapatkan nombor PIN anda semula, anda perlu bantuan dari penaja anda kerana dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar arahan SMS kepada MyMode supaya menghantar no PIN anda itu melalui SMS kepada telefon bimbit anda.

Arahannya: PIN<jarak>pin<jarak>to<jarak>NoHP_downline_yg_lupa_pin
Contoh: 1234 pin to 012345678

** Arahan diatas hanya boleh dilakukan oleh Direct Upline Mymode anda sahaja. Jika anda tak tahu siapa Direct Upline Mymode anda, sila hubungi pihak syarikat

Back to top

 


16. Apakah prepaid Points (PP)?

Prepaid Points atau PP merupakan sistem pembayaran yang ditawarkan kepada ejen MyMode. Para ejen boleh mengumpul dan menggunakan PP untuk membeli produk-produk MyMode secara online dan melalui SMS tanpa menggunakan wang tunai atau kad kredit.

Setiap kali anda menerima komisen atau bonus, anda akan dibayar dalam bentuk PP. PP dikumpul didalam akaun MyMode anda yang boleh dipindahkan ke akaun bank yang anda tetapkan. Anda juga boleh menambah nilai PP anda dengan memasukkan wang ke akaun syarikat. Sila rujuk soalan 13 untuk keterangan lanjut. 1PP bersamaan dengan RM 1.

Back to top


17. Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan telefon lain kerana saya tetap menggunakan PIN yang sama dalam arahan SMS saya kepada MyMode?

Tidak boleh. Anda perlu menggunakan telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan MyMode. Jadi anda perlu tambah nilai telefon bimbit yang kehabisan kredit itu sebelum anda boleh berurusan dengan MyMode.

Back to top

 


18. Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar arahan SMS?

Jika tidak berlaku kesesakan talian, anda akan menerima jawapan SMS daripada MyMode hanya dalam beberapa saat dan tidak lebih dari seminit.

Back to top

 


19. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bagaimana untuk saya mendapatkan keahlian di Team Support hotSMS2u?

Kami membangunkan website ini hanya untuk kegunaan Agent Mymode yang berdaftar dibawah Team Support hotSMS2u sahaja. Sekiranya anda tetap menginginkan service ini, maka kami menyarankan anda supaya mendaftar semula dengan kami dengan menggunakan no HP yang baru.

Back to top

 


20. Saya merupakan Agent Mymode sebelum ini. Bolehkan saya mendaftar semula dengan menggunakan nombor yang sama? Atau bagaimana jika saya ingin memindahkan keahlian lama saya ke nombor lain supaya saya dapat gunakan nombor HP ini untuk berdaftar sebagai downline Team ini?

Tidak boleh. Satu no HP hanya boleh didaftarkan untuk satu akaun Mymode sahaja. Memandangkan keahlian mymode adalah seumur hidup, maka ia tidak boleh didaftarkan semula. Jika anda tetap ingin menggunakan nombor lama untuk mendaftar semula dengan kami, pertama anda perlu mengisi borang pertukaran nombor telefon untuk memindahkan keahlian lama anda ke nombor yang lain dari ruangan ahli portal rasmi Mymode dan kemudian fax kepada pihak syarikat.

Setelah proses tersebut selesai barulah nombor lama anda boleh didaftarkan semula

Back to top

 

 

21. Bagaimanakan cara untuk berjaya dalam program ini?

Terdapat tiga cara utama untuk berjaya dalam MyMode iaitu melalui:

Mengguna Produk
Anda boleh menggunakan produk MyMode sendiri dengan menambah nilai (top up) telefon bimbit anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat komisen, bukan tuan punya kedai.

Menjual
Pendapatan anda akan bertambah apabila anda menjual produk MyMode kepada orang lain. Mereka akan top up telefon bimbit mereka melalui anda, bukan lagi kedai telefon dan anda akan mendapat komisen .

Menaja (recommended)
Menaja ejen baru merupakan satu-satu cara yang membolehkan anda melipat-gandakan pendapatan anda. Perniagaan berkonsep MLM ini akan membolehkan anda memperolehi pendapatan sehingga ribuan ringgit melalui penajaan. Ini kerana anda mendapat komisen bagi setiap produk yang dijual atau setiap penajaan yang dilakukan oleh anda dan ejen dibawah anda.

Back to top

 

 

2006-2008 HotSMS2u.com

Penafian

WEBSITE INI BUKANLAH WEBSITE RASMI DARIPADA Mymode. mymode TIDAK TERLIBAT DALAM APA JUA CARA PUN DI DALAM PENGHASILAN WEBSITE INI DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEGALA MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI DALAM WEBSITE INI.

WEBSITE INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU AHLI-AHLI KAMI MENJALANKAN PERNIAGAAN MEREKA MENGGUNAKAN INTERNET. MAKLUMAT DARI WEBSITE INI ADALAH TERDIRI DARIPADA MAKLUMAT UPLINE/LEADER DAN LAIN-LAIN SUMBER YANG BERKAITAN.

KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA MAKLUMAT DI DALAM WEBSITE INI BERUBAH TANPA PENGETAHUAN KAMI DISEBABKAN PENCEROBOHAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU. SEGALA MASALAH BOLEH DIAJUKAN KE team SUPPORT kami. SEGALA SOKONGAN DAN KERJASAMA DARIPADA ANDA SEBAGAI PENGGUNA ADALAH SANGAT DIHARAPKAN DAN SANGAT DIHARGAI BAGI MEMASTIKAN PROGRAM INI TERUS BERKEMBANG DENGAN JAYANYA.

 

 

 

 
prepaid, cari duit, buat duit, duit internet